Minggu, 24 Juni 2012

definisi khuluq dan li'an


Definisi
Perpisahan antara suami dengan isteri melalui tebus talak samada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk.
Khuluq merupakan perceraian yang disertakan dengan bayaran tertentu oleh pihak isteri di mana suami enggan melafazkan cerai, tetapi hanya bersetuju sekiranya dia dibayar. Maka suami hendaklah menceraikan isterinya setelah si isteri membayar dengan jumlah atau harta yang telah ditentukan.
Hukum Khuluk
Hukum melakukan khuluk ialah harus. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada waktu suci atau waktu iddah.
Hukum khuluq berdasarkan firman ALLAH S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat 229 iaitu :
http://www.ad-3.org/tumpang/PendidikanIslam/data/ayat-khuluk.gif
Maksudnya :

‘Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan ALLAH S.W.T . Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan ALLAH maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.’

Penjelasan Mengenai Tebus Talak
1)
Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan bersama antara suami dan isteri yang ingin bercerai
2)
Contoh lafaz khuluk ialah kata suami kepada isterinya: ‘Saya ceraikan kamu dengan bayaran sebanyak RM 10 000.’ Jawab isterinya: ‘Saya menerimanya’.
3)
Apabila suami melafazkan demikian dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajib beriddah.
4)
Bayaran khuluk boleh juga dengan barang-barang yang bernilai seperti rumah, tanah, kereta dan sebagainya.
5)
Apabila berlaku khuluk, suami isteri tidak boleh rujuk kembali kecuali akad nikah semula.

Tujuan Khuluk
1)
Memelihara hak-hak wanita.
2)
Menolak bahaya kemudaratan yang bakal menimpanya.
3)
Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.

http://www.ad-3.org/tumpang/PendidikanIslam/data/title-modul.gifhttp://www.ad-3.org/tumpang/PendidikanIslam/data/title-modul-lian.gif
Definisi
Bahasa
: Kutukan
Istilah
: Persumpahan suami bagi mensabitkan tuduhan zina terhadap isterinya manakala isteri pula bersumpah untuk menafikan tuduhan tersebut.

Lian Suami
1)
Suami membuat tuduhan zina terhadap isterinya tanpa mengemukakan empat orang saksi.
2)
Tuduhan ini jika tidak dibuktikan dengan empat orang saksi boleh disabitkan sebagai tuduhan zina dengan hukuman 80 kali sebatan.
3)
Sebagai ganti empat orang saksi, suami boleh bersumpah di hadapan hakim di atas mimbar masjid di hadapan orang ramai, sekurang-kurangnya empat orang.
4)
Sumpahan suami.”Saya bersaksi dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya isteri saya (namakan isterinya ) telah berzina dengan lelaki bernama (namakan lelaki berkenaan ) dan saya mengaku bahawa segala tuduhan saya ini adalah benar belaka”.
5)
Jika isterinya mengandung, suaminya tidak mengaku kandungan itu anaknya, maka ditambah lagi sumpahnya: ”Dan anak yang di dalam kandungannya itu adalah anak zina, bukannya anak daripada saya”.
6)
Ucapan sumpahan itu hendaklah diulang sebanyak empat kali sebagai ganti empat orang saksi untuk melepaskan diri daripada membuat tuduhan zina atau qazaf.
7)
Kali kelima di tambah dengan sumpahannya: ”Atas diri saya laknat dan kemurkaan Allah, sekiranya tuduhan saya ini dusta.”
8)
Dengan li’an ini, tertalaklah isterinya selama-lamanya.

Kesan Sumpahan Suami
1)
Suami terlepas daripada hukuman sebat sebanyak 80 sebatan.
2)
Isteri boleh disabitkan kesalahan zina dan dikenakan hukuman rejam sampai mati.
3)
Suami dan isteri terpisah selama-lamanya.
4)
Putus nasab keturunan bagi anak yang dikandung oleh isterinya dengan tuduhan tersebut.
5)
Allah akan melaknat suami tersebut sekiranya dia berdusta.

Lian Isteri
1)
Isteri menafikan tuduhan zina terhadapnya dengan bersumpah.
2)
Isteri hendaklah bersumpah bagi menolak segala tuduhan zina kepadanya.
3)
Sumpahan isteri.”Saya bersaksi dengan nama Allah, bahawa sesungguhnya suami saya ( namakan suaminya ) adalah berdusta membuat tuduhan zina terhadap diri saya.”
4)
Ucapan sumpahan itu hendaklah di ulang sebanyak empat kali sebagai ganti untuk melepaskan diri dari sabitan zina, iaitu rejam sampai mati.
5)
Kali kelima ditambah dengan sumpahannya: ”Atas diri saya laknat dan kemurkaan Allah jika benar tuduhan zina terhadap diri saya itu”.
6)
Dengan lian ini terpisahlah isteri dengan suaminya buat selama-lamanya.

Kesan Sumpahan Isteri
1)
Isteri terlepas daripada hukuman rejam sampai mati.
2)
Isteri terpisah selama-lamanya dengan suaminya.
3)
Putus nasab keturunan bagi anak yang dikandung dengan sebab penafian tersebut.
4)
Allah akan melaknat dan kutukan kepada isteri jika suaminya benar.

Hukuman lian ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T dalam surah An-Nur, ayat 6-7 yang bermaksud :
Orang yang menuduh isterinya berzina, tetapi mereka tidak mempunyai saksi-saksi, selain diri sendiri, maka saksinya empat kali bersumpah dengan nama ALLAH , bahawa dia adalah orang yang benar. Dan yang kelima, bahawa laknat ALLAH atas dirinya jika adalah ia dari orang yang dusta.’

Tidak ada komentar:

Posting Komentar